Saturday, August 8, 2009

ternakan ikan keli

sampai manakah industri ikan keli akan maju??

Friday, August 7, 2009

AZOMITE!!!

merupakan produk berasal dari abu gunung berapi yang mampu meningkatkan kandungan mineral dan meningkatkan tahap keimunan dalam akuakultur.
produk ini sering diguna pakai oleh petani barat unyuk meningkatkan kualiti produk yang terhasil.



gambar produk
dijual dengan harga yang berpatutan agar semua pengguna boleh menerima produk ini dengan baik..
MENGENAI AZOMITE!!!!
AZOMITE® adalah singkatan “A to Z of Minerals Including Trace Elements” dan disahkan penambah unsur-unsur surih mineral organik untuk makanan haiwan. Produk ini dilombong dari deposit abu gunung berapi yang purba dimana ia mengandungi lebih dari 67 unsur-unsur surih. Makanan haiwan biasa kekurangan mineral yang penting, jadi apabila AZOMITE® ditambah kepada makanan ini, ia akan memperkuatkan keseimbangan mineral semulajadi serta berupaya mengatasi masalah mikotoksin.

Secara kimia, AZOMITE® adalah natrium kalsium aluminosilikate (HSCAS) yang mengandungi mineral-mineral serta unsur-unsur surih yang lain. HSCAS ini telah disenaraikan dibawah U.S. Code of Federal Regulations (21 CFR 582.2729) sebagai agen anti pengerasan (anticaking) dan disenaraikan selamat (GRAS) daripada FDA.

AZOMITE® telah diluluskan untuk kegunaan tanaman organik dan penternakan haiwan dari Institut Penilaian Bahan Organik (OMRI) dan juga diluluskan di Program Organik Kebangsaan U.S. dibawah seksyen 205.203(d) untuk tanaman dan 205.237(a) untuk ternakan haiwan.


Cadangan pemberian makanan untuk lembu ternusu serta daging,bebiri, kambing, kuda and unggas.

Untuk ternakan yang dalam diet makanan yang tersedia, adalah dicadangkan untuk menambah AZOMITE® pada kadar 0.5% (5kg per metrik tan) daripada jumlah keseluruhan campuran makanan. Kadar maksima 2% (20 kg per metrik tan) mungkin ditambahkan sejajar dengan pengamalan pengeluaran makanan haiwan yang baik (good feed manufacturing) atau pengamalan makanan. Adalah dicadangkan untuk menambah 56 hingga 112 gram AZOMITE® kepada makanan harian kuda dan lembu ternusu.