Wednesday, October 21, 2009

Ikan Bulan

ikan bulan merupakan ikan yang mempunyai banyak tulang dan mempunyai banyak sisik..
jika dilihat dibawah pancaran cahaya, ikan ini kelihatan berkilat-kilat........




ikan bulan hasil 'casting' oleh syed di Rompin, Pahang.

bagi pemancing atau penjala ikan yang sering melakukan aktiviti ini dikawasan kuala atau secara terperinci kawasan air payau, sudah pasti anda mengenali ikan ini.....

jika di Kelantan, ikan ini boleh dipancing di banyak tempat salah satunya adalah di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan....
ikan ini kurang dikomersialkan kerana banyak tulang walaupun isi ikan ini sedap apabila di makan...namun begitu masih ada yang mengemari ikan ini....

mengenai ikan ini...........
NAMA SAINTIFIK : Megalops cyprinoides
MAX LENGTH : 150 cm TL jantan/betina
COMMON LENGTH : 30.0 cm SL.....45.5 TL male/female


apa yang diketahui ikan ini boleh mencapai berat sehingga 18kg/ekor
dan umur ikan ini boleh mencapai 44 tahun...

SIRAT

TAHUKAH ANDA APA ITU 'SIRAT' ???

Belut merupakan sejenis ikan tanpa kaki atau tangan. terdapat 4 suboder, 19 famili, 110 genus, dan 400 spesis belut. kebanaykan belut ini merupakan pemangsa. hehehee..
Kebanyakan belut tinggal di laut hanya famili Anguilidae tinggal di kawasan air tawar, sesetengah belut amat suka bersembunyi didasar laut. adakala belut ini membenamkan badan dalam tanah didasar.

Baru-baru ini saya dan beberapa rakan telah menemui sejenis belut laut ketika memancing di kuala berdekatan Pantai Bernas, Rompin, Pahang....menurut nelayan tempatan belut yang dikatakan ini tidak boleh dimakan.
Menurut seorang bekas nelayan, belut ini dikenali sebagai 'sirat'....
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, belut ini hanya dimakan oleh masyarakat orang asli tempatan. spesis ini sering kali terpikat dengan mata kail pemancing disana.



'Sirat'
jika diperhatikan spesis ini amat berlainan dengan belut yang biasa dilihat di pasar-pasar. Gigi 'sirat' ini tajam.....
NAMA SAINTIFIK : Pisodonophis cancrivorus
MAX LENGTH: 108 cm TL
COMMON LENGTH : 50 cm TL
ENVIROMENT : freshwater, brackish dan marine


Wednesday, October 14, 2009

ikan ketutu@ubi

anak ikan ketutu (ikan ubi)
ikan ketutu
saudara/i sekalian,
ini merupakan satu spesis yang tergolong dalam ikan yang mahal dan sedap dimakan...
ikan ini terkenal dikalangan kaum cina..
isi ikan ini yang berwarna putih dan lembut seperti ubi menjadikan ia satu spesis ikan yang digemari ramai walaupun harga ikan ini mahal...harga pasaran ikan ini mampu mencecah RM80-100/kg...wow!!!


disebalik tabir ikan ini:
nama saintifik : Oxyeleotris marmorata
saiz max ikan ini adalah 65.0 sm SL male/unsexed
panjang biasa ikan ini boleh mencapai 30.0 TL male/unsexed
persekitaran ikan ini : ikan ini merupakan ikan jenis demersal iaitu hidup didasar kolam/tasik...ikan ini hidup di air tawar, air payau (brackish) dan biasanya pH air bagi ikan ini diantara 6.5-7.5..kedalaman air untuk ikan ini hidup adalah lebih kurang 10-?m.
ikan ini hidup dikawasan beriklim tropika (22-28 darjah calcius)..
ikan ini merupakan spesis demersal, iaitu hidup didasar kolam atau tasik....

ikam ini dibangunkan sabagai ikan komersial kerana harga yang mahal selain menjadi perhiasan dalam akuarium..
suatu masa nanti tidak hairan jika ikan ini akan dikenali dan mampu bersaing dengan ikan keli dikedai-kedai makan memandangkan pada masa kini semakin ramai penternak telah menceburi bidang penternakan ikan ketutu...
di Melor, kelantan terdapat dua orang guru pencen yang menternak ikan ini sebagai ternakan samping disamping ikan lain...manakala dinHUlu Terengganu, terdapat seorang penternak yang menjadikan ternakan ikan ketutu sebagai ternaka utama di kolamnya....
senario ini menampakkan semakin ramai yang sedar kehadiran ikan ini dalam sektor akuakultur negara...R&D bagi penbenihan ikan ini banya dilakukan oleh penternak persendirian atau agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan...