Wednesday, October 21, 2009

SIRAT

TAHUKAH ANDA APA ITU 'SIRAT' ???

Belut merupakan sejenis ikan tanpa kaki atau tangan. terdapat 4 suboder, 19 famili, 110 genus, dan 400 spesis belut. kebanaykan belut ini merupakan pemangsa. hehehee..
Kebanyakan belut tinggal di laut hanya famili Anguilidae tinggal di kawasan air tawar, sesetengah belut amat suka bersembunyi didasar laut. adakala belut ini membenamkan badan dalam tanah didasar.

Baru-baru ini saya dan beberapa rakan telah menemui sejenis belut laut ketika memancing di kuala berdekatan Pantai Bernas, Rompin, Pahang....menurut nelayan tempatan belut yang dikatakan ini tidak boleh dimakan.
Menurut seorang bekas nelayan, belut ini dikenali sebagai 'sirat'....
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, belut ini hanya dimakan oleh masyarakat orang asli tempatan. spesis ini sering kali terpikat dengan mata kail pemancing disana.



'Sirat'
jika diperhatikan spesis ini amat berlainan dengan belut yang biasa dilihat di pasar-pasar. Gigi 'sirat' ini tajam.....
NAMA SAINTIFIK : Pisodonophis cancrivorus
MAX LENGTH: 108 cm TL
COMMON LENGTH : 50 cm TL
ENVIROMENT : freshwater, brackish dan marine


No comments: