ikan ketutu
saudara/i sekalian,
ini merupakan satu spesis yang tergolong dalam ikan yang mahal dan sedap dimakan...
ikan ini terkenal dikalangan kaum cina..
isi ikan ini yang berwarna putih dan lembut seperti ubi menjadikan ia satu spesis ikan yang digemari ramai walaupun harga ikan ini mahal...harga pasaran ikan ini mampu mencecah RM80-100/kg...wow!!!
disebalik tabir ikan ini:
nama saintifik : Oxyeleotris marmorata
saiz max ikan ini adalah 65.0 sm SL male/unsexed
panjang biasa ikan ini boleh mencapai 30.0 TL male/unsexed
persekitaran ikan ini : ikan ini merupakan ikan jenis demersal iaitu hidup didasar kolam/tasik...ikan ini hidup di air tawar, air payau (brackish) dan biasanya pH air bagi ikan ini diantara 6.5-7.5..kedalaman air untuk ikan ini hidup adalah lebih kurang 10-?m.
ikan ini hidup dikawasan beriklim tropika (22-28 darjah calcius)..
ikan ini merupakan spesis demersal, iaitu hidup didasar kolam atau tasik....
ikan ini merupakan spesis demersal, iaitu hidup didasar kolam atau tasik....
ikam ini dibangunkan sabagai ikan komersial kerana harga yang mahal selain menjadi perhiasan dalam akuarium..
suatu masa nanti tidak hairan jika ikan ini akan dikenali dan mampu bersaing dengan ikan keli dikedai-kedai makan memandangkan pada masa kini semakin ramai penternak telah menceburi bidang penternakan ikan ketutu...
di Melor, kelantan terdapat dua orang guru pencen yang menternak ikan ini sebagai ternakan samping disamping ikan lain...manakala dinHUlu Terengganu, terdapat seorang penternak yang menjadikan ternakan ikan ketutu sebagai ternaka utama di kolamnya....
senario ini menampakkan semakin ramai yang sedar kehadiran ikan ini dalam sektor akuakultur negara...R&D bagi penbenihan ikan ini banya dilakukan oleh penternak persendirian atau agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan...
No comments:
Post a Comment